Thursday 6 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Apakah yang dimaksudkan dengan video tanpa wajah?
Video tanpa wajah membawa makna bahawa;

1. Memastikan tiada wajah kelihatan
Video itu mestilah dirakam dengan berfokuskan bahagian anggota badan subjek dari bahu ke bawah. Video itu tidak boleh sekali-kali menampakkan wajah subjek di dalam video.

2. Mempunyai fokus yang satu
Video yang dihasilkan haruslah mempunyai fokus kamera yang satu. Sebagai contoh, kamera memfokuskan bahagian kaki sahaja. Hal ini bermakna, proses rakaman video haruslah meberi fokus kepada pergerakan kaki dari awal hingga akhir.

3. Mempelbagaikan babak cerita
Dalam video tanpa wajah ini, babak boleh dipelbagaikan. Tidak seharusnya hanya satu babak yang sama sari awal hingga akhir. Yang penting, masih dalam syarat-syarat seperti di atas.

Bagi mendapatkan gambaran yang jelas, rakan-rakan boleh rujuk pautan ini BBM3410/18: Video Tanpa Wajah (Melur Production) sebagai contoh.




Terima kasih sudi membaca! <3

BBM3410/18: Proses Pembikinan Video One Shot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!~

Apakah yang dimakudkan dengan video one shot?


  • Video one shot merupakan satu video yang dirakam secara berterusan tanpa ada sebarang suntingan. Video ini mestilah dirakam selama mana tempoh sesuatu muzik itu.


  • Terdapat beberapa layer dalam video one shot. Antaranya ialah one layer, two layer dan three layer.

Ciri-ciri video one layer:

  • Video ini hanya melibatkan satu objek/ sekumpulan subjek yang bergerak. Sebagai contoh, penyanyi dah latar yang tidak bergerak, kaku seperti dinding. Jadi, hanya penyanyi yang bergerak dan latar belakang tidak bergerak.

 Ciri-ciri video two layer:

  • Video ini pula melibatkan dua lapisan yang bergerak. Sebagai contoh, terdapat penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut dan satu lapisan yang bergerak seperti pelakon. Tidak boleh sama sekali objek latar yang bergerak. Jika ada kenderaan di belakang yang bergerak, maka video tersebut bukan lagi two layer tetapi three layer.
 Ciri-ciri video three layer:


  • Video three layer merupakan video yang mempunyai tiga lapisan yang bergerak. Sebagai contoh, penyanyi, pelakon dan objek latar yang bergerak seperti pokok atau kereta.

Okay, baiklah. Itu sahaja penerangan kali ini. Jika ada yang tidak fahami, bolehlah komen dan saya akan cuba menjawab persoalan anda. Terima kasih! <3

Cuba lihat contoh video one-shot Bruno Mars - The Lazy Song ini. Dapatkah anda teka video ini berapa lapisan?

BBM3410/18: Papan Cerita untuk e-Majalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~!

Papan cerita ini merupakan proses lakaran yang asas bagi menceritakan turutan isi kandungan sesuatu majalah/cerita.

Antara ciri-ciri papan cerita adalah:
  • Perlu mempunyai tema bagi menghasilkan e-majalah yang bersesuaian
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri atau layout yang tertentu:
  • Setiap teks yang dituliskan berdasarkan gambar atau produk yang diketengahkan
  • Gambar yang dilakarkan mempunyai ciri produk berdasarkan tema
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan seperti teks, lukisan dan juga layout